KENAPA KOlESTEROL BAHAYA?
Cerita pasal KOLESTROL pulak , sebab ada orang kata kolestrol ini bahaya, ada yang cakap tak bahaya. Tapi sebenarnya, semua para doktor, permakanan, nutrionist, pun cakap, kolestrol memang bahaya kalau terlebih, lagi lagi kolestrol jahat. Mari kita baca lagi pasal kolestrol ini.
Baik vs Jahat
Seperti saya cakap tadi, memang kolestrol ini bahaya, tapi tak semua benda bahaya tu jahat, ada yang baik. Benda baik ni orang kata HDL, dan yang buat bahaya pulak tu yang orang panggil LDL. Apa beza ketara HDL dan LDL ini ? HDL ini bagus, dia kasi lancar perjalanan darah, kalau nak tahu, dia ambil semua kolestrol jahat ni, dan bawak lari pergi ke usus dan buangkannya. Sebab itu lepas tu, kena minum air banyak, yang dekat usus itu pulak cerita lain. OKlah, LDL ni pulak nama pun jahat. Dia umpama road bully dalam saluran darah. Bayangkan saluran darah anda ok, tenang, tetiba ada road bully yang buat kacau, dia lepak kat tepi bahu jalan, lepas tu buat penempatan dekat tepi jalan itu, buka kedai mamak, dan makin lama plag lemak tu dah makin banyak sebab ada LDL pembuli ini. Tapi orang kita memang selalu pun, pergi surau pun letak kereta tepi jalan sampai orang menyusahkan orang lain nak lalu, bolehlah diibaratkan sebagai kolestrol jahat.
Pembentukan Plague
Bayangkan bila dah orang parking kereta tepi jalan, berlaku jalan sesak, trafik makin teruk, sebab ramai orang tak boleh keluar masuk, dan masa tu pulak sesak, ramai orang berpusu-pusu, nak ke satu tempat macam kat stadium Shah Alam orang pergi pasar. Macam itulah terjadinya plague, sebab dah banyak sangat LDL dekat saluran darah, jadinya plague. Lepas tu plague tu menjadi aktif tarik semua , dan makin lama, boleh menyekat saluran darah terus. Itu bahayanya, bila dah blok darah mengalir ke jantung, ada kemungkinan berlakunya serangan jantung, dan macam macam penyakit lagi boleh kena. Bila pengaliran darah dah tak stabil, sebab itu manusia ada darah tinggi. Jadi sebabkan kolestrol sahaja, rosak binasa badan manusia !!!
Senaman Senaman Senaman
Walaupun admin taklah aktif macam orang lain kayuh basikal laju laju naik bukit semua, tapi senaman itu adalah benda asas nak aktifkan dan secara semula jadi nak kurangkan plague yang dah terbentuk dalam saluran darah. Cara paling bagus bila jantung berjaya pam semua darah ke seluruh badan, dan barulah semua anggota dapat zat yang cukup melalui pengaliran darah yang lancar.
Permakanan Terbaik
Benda yang paling mustahak selepas senaman ialah permakanan yang seimbang dan betul , supaya dapat mengurangkan kolestrol jahat dan mengurangkan plague yang terjadi dekat arteri darah kita. OKlah, nak tengok jugak apa benda yang bagus tu, so dalam banyak banyak makanan, antara zat yang diperlukan untuk mengurangkan plague dekat saluran darah ialah
No comments:
Post a Comment